Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram _down

Instagram Akan Dipenuhi Dengan Komen Yang Dijana AI

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Meta kini menguji ciri baharu di Instagram yang menggunakan AI untuk menjana cadangan komen pada hantaran pengguna.

Ciri ini, dikenali sebagai “Write with Meta AI”, membolehkan pengguna menerima tiga cadangan komen berdasarkan analisis AI terhadap foto yang dimuat naik.

Jika tidak berpuas hati, pengguna boleh menyegarkan semula untuk mendapatkan cadangan lain.

Instagram Akan Dipenuhi Dengan Komen Yang Dijana AI

Meta sebelum ini telah menguji AI dalam komen di Facebook, tetapi ramai pengguna mungkin tidak menyambut baik ciri ini kerana ia berpotensi mengurangkan keaslian interaksi di Instagram.

Walaupun Meta belum mengesahkan pelancaran rasmi ciri ini, ujian yang sedang dijalankan menunjukkan kesungguhan syarikat dalam mengintegrasikan AI ke dalam pengalaman media sosial mereka.

Malah, sebelum ini juga Meta merancang agar platform mereka dipenuhi akaun pengguna yang dikuasakan AI.

Berkaitan

  • Meta Mahu Platform Mereka Dipenuhi Akaun Pengguna Yang Dikuasakan AI
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia
  • Akhbar Itali Ini Cipta Sejarah, Terbit Edisi Yang Ditulis AI Sepenuhnya

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY