Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial

Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Meta telah melancarkan Akaun Remaja di Instagram tahun lalu untuk membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka dilindungi semasa menggunakan media sosial.

Akaun ini datang dengan perlindungan automatik seperti menghadkan siapa yang boleh hubungi remaja, kandungan yang mereka lihat, dan masa mereka dihabiskan dalam talian. Kini, Meta mengumumkan langkah baharu untuk memastikan lebih ramai remaja mendapat manfaat daripada perlindungan ini.

Meta Guna AI Untuk Kesan Remaja Yang Tipu Umur Di Media Sosial

Meta sedang menguji teknologi kecerdasan buatan (AI) di Amerika Syarikat bagi mengenal pasti akaun yang dipercayai dimiliki oleh remaja walaupun mereka memasukkan tarikh lahir orang dewasa.

Akaun yang dikesan ini akan dimasukkan secara automatik ke dalam tetapan perlindungan Akaun Remaja.

Ini adalah perubahan besar dalam cara Meta menggunakan AI untuk menentukan umur pengguna, dan mereka akan memberi pilihan kepada pengguna untuk menukar tetapan jika berlaku kesilapan.

Walaupun memahami umur pengguna dalam talian merupakan cabaran industri secara keseluruhan, Meta menekankan bahawa cara paling berkesan adalah dengan mendapatkan pengesahan ibu bapa dan pengesahan umur melalui gedung aplikasi.

Berkaitan

  • Pengguna 16 Tahun Ke Bawah Dipindah Ke Akaun Remaja Instagram, 6 Tetapan Ini Perlu Kebenaran Ibu Bapa
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • WhatsApp Uji Widget Baharu, Mudah Untuk Akses Meta AI
  • Llama 4: AI Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah
  • Facebook Dan Messenger Kini Ikut Jejak Instagram Lindungi Remaja Secara Automatik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY