Sebelum ini, Instagram telah mengumumkan aplikasi suntingan khusus untuk bersaing dengan CapCut daripada TikTok. Memandangkan sekarang banyak video memfokuskan kandungan pendek, ia juga memerlukan aplikasi suntingan yang mudah untuk tujuan tersebut.
Kini, aplikasi Edits tersedia untuk dimuat turun pengguna di Play Store dan juga App Store.
Edits direka untuk mudahkan pencipta kandungan atau pengguna biasa. Tidak kira sama ada anda hasilkan kandungan untuk Instagram, Facebook, TikTok, atau mana-mana platform sekalipun.
Dengan Edits, anda boleh buat semuanya dalam satu aplikasi sahaja:
- Urus idea dan projek: Simpan idea anda, buat nota, dan kawal semua projek video dalam satu tempat.
- Edit mudah, tapi mantap: Nikmati fungsi timeline yang sangat tepat, kesan khas menarik seperti animasi AI, serta hasil akhir video berkualiti tinggi tanpa sebarang tera air (watermark).
- Inspirasi kandungan terkini: Dapatkan idea dengan mudah melalui feed inspirasi khas, audio sohor kini, dan mengetahui tentang kandungan apa yang sedang popular sekarang.
Bukan itu sahaja, Instagram memberi tahu yang mereka bakal menawarkan banyak lagi fungsi menarik, termasuk:
- Keyframes: Tetapkan dengan tepat detik penting dalam video anda untuk kawalan lebih mantap pada kesan khas dan pergerakan.
- Modify AI: Tukar gaya video dengan pantas menggunakan AI melalui arahan ringkas sahaja.
- Kolaborasi kreatif: Kongsi draf dengan rakan, pencipta kandungan lain, atau jenama, untuk dapatkan maklum balas segera.
- Lebih banyak pilihan kreatif: Akan datang lebih banyak pilihan fon, animasi teks, peralihan video, efek suara, penapis, dan muzik bebas royalti.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma sahaja dan anda cuma perlu log masuk menggunakan akaun Instagram.
{suggest}