Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terhad 1 Peranti Untuk Sahkan Transaksi Mulai Bulan Depan, OTP Melalui Aplikasi Tahun 2023 – CIMB

Terhad 1 Peranti Untuk Sahkan Transaksi Mulai Bulan Depan, OTP Melalui Aplikasi Tahun 2023 – CIMB

Diterbitkan September 29, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan 5 arahan untuk diikuti semua bank di Malaysia, Maybank dan CIMB juga memberitahu mereka akan melaksanakan langkah-langkah tersebut dalam menangani isu scam yang berleluasa sekarang.

CIMB dalam kenyataan terkini berkata bahawa mereka tidak menghapuskan penghantaran OTP/TAC melalui SMS bermula dalam pertengahan kedua 2023 (Januari-Jun).

Ia akan diberikan melalui aplikasi CIMB Clicks sahaja melalui ciri dinamakan SecureTAC.

Jelas mereka lagi, ciri SecureTAC sememangnya sudah lama dilaksanakan. Namun, kaedah SMS digunakan hanya untuk transaksi melalui FPX dan mereka yang tidak mempunyai aplikasi CIMB Clicks.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Bank-Bank Di Malaysia Diminta Beralih Daripada Penghantaran OTP Melalui SMS
  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank
  • Maybank Kuat Kuasa OTP Melalui Aplikasi Sepenuhnya Mulai Jun 2023

Selain itu, bank juga akan melaksanakan pengehadan 1 peranti untuk mengesahkan transaksi seperti diperintahkan Bank Negara Malaysia. Ciri ini dijadual mula dikuat kuasa mulai penghujung Oktober 2022.

CIMB dalam pengumuman sama turut mengesahkan mereka akan melaksanakan langkah-langkah lain selari dengan semua arahan BNM tempoh hari termasuklah tempoh bertenang untuk pendaftaran akaun baharu.

Tambahan lagi, bank ini juga memaklumkan mereka tidak lagi akan memasukkan pautan dalam apa-apa SMS dihantar pada pengguna mulai penghujung tahun ini.

Sumber: CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY