Gabenor Bank Negara Malaysia berkata bahawa pihaknya sedar dan mengambil serius dengan perkembangan isu penipuan atau scam yang semakin berleluasa di Malaysia.
Justeru, BNM telah mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengambil langkah-langkah berikut untuk mengukuhkan lagi perlindungan terhadap financial scam.
{snap}
1. Beralih daripada penghantaran OTP melalui SMS
Institusi kewangan diminta beralih daripada penghantaran OTP (One Time Password) melalui SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.
OTP ini juga merujuk pada kod TACĀ yang diterima pelanggan ketika membuat bayaran.
Peralihan ini melibatkan transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembayaran, pemindahan wang, pembukaan akaun, pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun atau account settings.
Untuk berita penuh, klik SINI.
{snap}
2. Makluman dan sekatan terhadap transaksi mencurigakan
Tan Sri Nor Shamsiah berkata bank-bank akan memperketatkan peraturan pengesanan penipuan dan bertindak menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan scam.
Pelanggan juga akan dimaklumkan serta-merta apabila sebarang aktiviti seperti ini dikesan pada akaun perbankan mereka.
Mereka akan diminta memberikan pengesahan sebelum transaksi diteruskan.
{snap}
3. Tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama
Tempoh bertenang (atau cooling-off period) untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat (atauĀ secure device)Ā akan dilaksanakan.
Semasa tempoh ini, sebarang aktiviti perbankan dalam talian tidak akan dibenarkan.
Ini bermakna jika anda mencipta akaun perbankan dalam talian (CIMB Clicks misalnya) buat pertama kali, anda tidak dapat membuat sebarang transaksi online dalam tempoh beberapa jam.
Ia juga terpakai jika anda baru mendaftar satu-satu peranti. Contohnya, anda baru daftarkan iPhone 15 Ultra dengan CIMB Octo. Jadi, tiada transaksi dibenarkan dalam tempoh bertenang ini.
{snap}
4. Hanya satu peranti untuk pengesahan transaksi
Pengguna juga akan dihadkan kepada hanya 1 peranti mudah alih atau peranti selamat (secure device)Ā untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.
Contohnya, jika anda aktifkan Secure2u Maybank pada Xiaomi 12 Pro, anda tidak boleh aktifkan ciri ini pada telefon/peranti lain.
Hal ini dapat mengelakkan daripada transaksi disahkan orang yang sedang menggunakan peranti anda yang lain.
{snap}
5. Talian khas untuk laporan penipuan (scam)
BNM juga mengkehendaki semua bank menyediakan talian hotlineĀ khusus untuk aktiviti penipuan kewangan selain meningkatkan tahap respons dan maklum balas pada pelanggan.
Institusi kewangan perlu selaraskan langkah-langkah pemulihan dana dan kawalan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan demi memastikan kerugian kewangan mangsa scamĀ selanjutnya tidak berlaku.
Selain itu, institusi kewangan juga diminta menyediakan cara yang mudah untuk pelanggan mereka menggantung (suspend) akaun bank mereka sekiranya akaun tersebut disyaki terlibat denganĀ scam.
Mereka kemudiannya boleh mengaktifkan semula akaun tersebut dalam tempoh masa yang munasabah selepas pengesahan dibuat.
Kata Gabenor, usaha untuk membanteras aktiviti scamĀ ini memerlukan kerjasama semua pihak, bukan sahaja daripada BNM an institusi kewangan, tetapi juga agensi penguatkuasaan, kementerian dan seluruh rakyat Malaysia.