Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maybank

Maybank Kuat Kuasa OTP Melalui Aplikasi Sepenuhnya Mulai Jun 2023

Diterbitkan September 28, 2022 · Dikemas kini September 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Maybank mengesahkan semua kod pengesahan yang dirujuk sebagai OTP atau TAC akan tidak akan dihantar melalui SMS lagi mulai Jun 2023.

Sebaliknya, ia akan diberikan pada pengguna di aplikasi melalui ciri dinamakan Secure2u. Ia juga terhad pada 1 peranti saja yang boleh mengesahkan apa-apa transaksi.

Bermakna, jika anda 2, 3 peranti yang menggunakan MAE, hanya satu telefon saja yang boleh meluluskan transaksi.

Tambahan lagi, pengguna juga akan diberitahu melalui aplikasi, SMS dan e-mel apabila peranti baharu dipilih sebagai peranti Secure2u.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Maybank: Pengaktifan Baharu Secure2U Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE Bermula 26 September
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Bank-Bank Di Malaysia Diminta Beralih Daripada Penghantaran OTP Melalui SMS
  • Isu 'Scam' Berleluasa, Bank Negara Keluarkan 5 Arahan Pada Semua Bank

Jika anda belum maklum, Maybank baru menguatkuasakan mulai 26 September tempoh hari di mana pengaktifan Secure2u hanya boleh dilaksanakan di aplikasi MAE, tidak lagi melibatkan M2U.

Dua ciri di bawah Secure2u ialah Secure Verification memerlukan anda ‘tap’ sekali saja di MAE untuk sahkan transaksi manakala Secure TAC pula ialah 6 digit TAC.

Ini selari dengan arahan Bank Negara Malaysia beberapa hari lepas dalam usaha membanteras isu scam yang berleluasa. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Selain itu, Maybank juga akan kenalkan tempoh bertenang apabila pengguna mengaktifkan ciri Secure2u pada peranti berbeza mulai suku ke-4 tahun ini.

Sumber: Focus Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY