Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terengganu Hab Digital Niaga Studio tikTok Shop

Terengganu Lancar Studio TikTok Shop Live, Bantu Usahawan Perkukuh Pemasaran Digital

Diterbitkan September 11, 2026 oleh Amalina Athman

Terengganu kini mempunyai Studio TikTok Shop Live @ Hab Digital Niaga Terengganu, kemudahan yang diperkenalkan bagi membantu usahawan tempatan memperkukuh pemasaran digital dan penggunaan platform e-dagang.

Studio ini dibangunkan menerusi kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan TikTok Shop Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Datuk Ariffin Deraman berkata, studio berkenaan dapat membantu usahawan tempatan memperkukuh jenama, menguasai pemasaran digital dan memperluas capaian produk ke pasaran lebih besar.

Menurutnya, pembangunan ekosistem keusahawanan juga memerlukan kerjasama lebih rapat antara kerajaan, institusi pengajian tinggi, agensi berkaitan dan pemain industri supaya idea, penyelidikan serta inovasi dapat diterjemahkan kepada bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan pasaran.

Terengganu Hab Digital Niaga Studio tikTok Shop_2
Foto: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Bagi TikTok Shop Malaysia, perubahan corak pembelian pengguna turut membuka ruang kepada peniaga untuk memasarkan produk menerusi kandungan digital dan sesi jualan secara langsung.

Pengarah Kanan Perhubungan Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, pendekatan itu membolehkan peniaga berinteraksi terus dengan pelanggan, menerangkan produk dengan lebih berkesan serta membina hubungan yang lebih dekat dengan pengguna.

Seiring dengan itu, studio berkenaan boleh dimanfaatkan oleh usahawan untuk meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan kandungan, mengendalikan sesi siaran langsung dan membina jenama menerusi platform digital.

Kemudahan itu juga dijangka membantu usahawan yang sebelum ini kurang terdedah kepada pemasaran digital untuk mula membina keyakinan menggunakan platform e-dagang secara lebih tersusun.

Gambar utama: Urus Setia Penerangan Darul Iman

Berkaitan

  • Melaka Sedang Transformasikan 4 Tanah Perkuburan Jadi Sistem 'Kubur Digital'
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • TikTok Shop Kurangkan Yuran Komisen Bagi Kategori Keperluan Asas Terpilih, Bermula 20 Jun 2026
  • Melaka Lancar E-mel Rakyat - Sasar '1 Rumah, 1 E-mel Rakyat'
  • TikTok Shop Kenakan SST 6% Pada Caj Penghantaran Penjual Mulai September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY