Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

TikTok Shop Kenakan SST 6% Pada Caj Penghantaran Penjual Mulai September

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh Amalina Athman

TikTok Shop akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang disediakan kepada penjual di platform itu.

Pelaksanaan ini akan berkuat kuasa mulai 1 September 2026, selaras dengan perubahan entiti logistik TikTok Shop di Malaysia daripada Tokgistics Pte. Ltd. kepada TikTok Shop (Malaysia) Sdn. Bhd.

Namun begitu, penjual tidak perlu menanggung SST tersebut sebaik sahaja ia mula berkuat kuasa. Sebaliknya, TikTok Shop akan menanggung 6% SST bagi pihak penjual dari 1 hingga 6 September 2026 sebagai tempoh peralihan.

Selepas tempoh tersebut, penjual akan dikenakan 6% SST mulai 7 September 2026 bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang terpakai di platform itu. Ini termasuk perkhidmatan logistik yang berkaitan dengan penghantaran, pengedaran dan pengangkutan barangan, dokumen atau bungkusan melalui TikTok Shop.

TikTok Shop turut menjelaskan Caj Penghantaran Penjual itu sendiri tidak dinaikkan. Sebaliknya, 6% SST yang dikenakan ke atas Yuran Penghantaran Sebenar boleh menyebabkan Caj Penghantaran Penjual menjadi lebih tinggi bagi pesanan tertentu.

Selain itu, 6% SST mungkin turut dikenakan ke atas Caj Pesanan Tidak Berjaya, termasuk Caj Penghantaran Pergi dan Caj Penghantaran Pemulangan, jika berkenaan.

Berkaitan

  • TikTok Shop Perkenal Bayaran Sokongan Platform - RM0.50 Setiap Pesanan Berjaya, Berkuat Kuasa 15 Februari
  • TikTok Shop Kurangkan Yuran Komisen Bagi Kategori Keperluan Asas Terpilih, Bermula 20 Jun 2026
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY