Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok SHop_a

TikTok Shop Kurangkan Yuran Komisen Bagi Kategori Keperluan Asas Terpilih, Bermula 20 Jun 2026

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Amalina Athman

TikTok Shop akan mengurangkan yuran komisen platform bagi beberapa kategori keperluan asas terpilih bermula 20 Jun 2026.

Menurut TikTok Shop, langkah itu diperkenalkan bagi membantu mengurangkan kos operasi penjual, melindungi margin keuntungan serta memberi lebih ruang kepada peniaga untuk mengembangkan perniagaan atau menawarkan harga yang lebih kompetitif.

Kadar baharu berbeza mengikut kategori produk, jenis kedai sama ada Marketplace atau Mall, serta penyertaan penjual dalam Program Bonus Tambahan (BXP).

Antara pengurangan terbesar melibatkan kategori susu dan produk tenusu. Kadar komisen bagi penjual Marketplace akan diturunkan kepada 0% untuk penjual BXP dan bukan BXP. Bagi penjual Mall pula, kadarnya akan dikurangkan kepada 3.24% untuk penjual BXP dan 7.56% bagi bukan penjual BXP.

Kategori makanan segera turut menerima pengurangan ketara. Penjual BXP di Marketplace akan dikenakan kadar baharu sebanyak 2.16%, berbanding 9.18% sebelum ini, manakala kadar bagi bukan penjual BXP turun daripada 13.50% kepada 6.48%.

Pengurangan turut melibatkan kategori Perubatan dan Rawatan di Kaunter, Penjagaan Hidung dan Mulut serta Penyusuan dan Pemakanan (Bayi dan Materniti).

Pada masa sama, kategori bahan penaik, makanan segar dan sejuk beku serta keperluan ruji dan memasak akan terus mengekalkan yuran komisen 0%.

Rujuk halaman rasmi TikTok Shop Academy untuk melihat senarai penuh kategori dan pecahan kadar komisen mengikut jenis kedai serta penyertaan dalam BXP.

Berkaitan

  • TikTok Shop Bagi 30 Hari Untuk Pulangkan Barang, Ini Caranya
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • TikTok Shop Perkenal Bayaran Sokongan Platform - RM0.50 Setiap Pesanan Berjaya, Berkuat Kuasa 15 Februari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY