Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tempahan Dalam Talian Untuk BYD Sealion 7 Dibuka, Hanya RM1,000

Tempahan Dalam Talian Untuk BYD Sealion 7 Dibuka, Hanya RM1,000

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 6, 2024 oleh ariff bukhari

Akhirnya, BYD hari ini mengesahkan EV terbaru mereka untuk pasaran Malaysia selepas membuka tempahan untuknya iaitu BYD Sealion 7.

Tempahan ke atas EV terbaru BYD ini boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini pada harga RM1000 sahaja.

BYD Sealion 7

Berdasarkan semakan di laman BYD Eropah, BYD Sealion 7 merupakan EV SUV berprestasi yang dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 91.3kWh.

Ia dipacu oleh motor elektrik yang mampu mencapai sehingga 23,000RPM, sekali gus membolehkan EV ini mencapai kelajuan maksimum 215km/j.

Julat perjalanan yang mampu dicapainya pula adalah sejauh 610km.

Ketika ia dilancarkan di China pada Mei 2024 lalu, ia dijual dengan harga bermula 189,800 yuan (~RM116,518).

Nantikan pelancaran rasmi model terbaru BYD ini bagi mengetahui lebih lanjut spesifikasi dan varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan yang dijadual akan diumumkan pada minggu hadapan.

Berkaitan

  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY