Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Geely EV Short Blade

Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh ariff bukhari

Geely Auto Group telah mengeluarkan generasi terbaru bagi bateri bilah pendek litium besi fosfat yang dibangunkan sendiri yang menawarkan hayat bateri terbaik dalam kelasnya, kelajuan pengecasan – dan keselamatan.

Geely mendakwa, hasil daripada ujian mereka, hayat kitaran bateri EV itu yang dikenali sebagai Teknologi Bateri EV Short Blade Baharu boleh mencapai sehingga 3,500 kitaran, atau bersamaan dengan pengecasan dan pemanduan sejauh 1 juta kilometer dengan impak minimum pada julat bateri.

“Berdasarkan purata keluarga memandu sejauh 20,000 kilometer setahun, Teknologi Bateri EV Short Blade Baharu boleh beroperasi sehingga 50 tahun, memanjangkan hayat penggunaan bateri dengan ketara, meningkatkan nilai baki EV terpakai dan mengurangkan pelepasan karbon lebih 80,000 tan setahun.” Geely dalam satu kenyataan.

Battery EV Short Blade geely
Geely New Short Blade EV Battery Technology.

Tanpa mengabaikan keselamatan, Geely menyatakan bahawa mereka menguji Teknologi Bateri EV Short Blade Baharu lebih tinggi daripada standard industri.

Bateri EV baharu itu telah melalui 6 ujian bersiri yang ekstrem, yang merupakan pertama dalam industri meliputi ujian rendaman kakisan air laut, persekitaran sejuk melampau, pengikisan bawah pek frekuensi tinggi, penggelek berat badan berlebihan 26 tan, perlanggaran sisi pek tunggal, dan pemanggangan api.

“Keputusan menunjukkan sendiri Bateri EV Short Blade Baharu kekal selamat dan boleh dipercayai dalam keadaan yang paling melampau.”

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Miliki Tesla Model Y Serendah RM60/hari, Varian Prestasi Dapat Kredit 'Supercharging' Percuma

Sumber: Geely

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY