Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Sealion

Sebuah Lagi Model EV Baharu BYD Bakal Tiba Di Malaysia

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

Baru sahaja melancarkan EV BYD M6 Oktober lalu untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Motors Malaysia yang merupakan pengedar rasmi EV BYD Auto di Malaysia telah memberikan bayangan bahawa mereka bakal membawa masuk sebuah lagi model EV dari BYD.

Tanpa mendedahkan model EV tersebut, BYD Cars Malaysia bagaimanapun memaparkan haiwan Singa Laut di laman rasmi Facebook mereka, sekaligus dijangkakan model EV tersebut adalah BYD Sealion 7.

BYD Sealion 2
BYD Sealion 1

BYD Sealion 7 merupakan EV SUV berprestasi yang dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 91.3kWh.

Ia dipacu oleh motor elektrik yang mampu mencapai sehingga 23,000RPM, sekaligus membolehkan EV ini mencapai kelajuan maksimum 215km/j.

Julat perjalanan yang mampu dicapainya pula adalah sejauh 610km.

Ketika ia dilancarkan di China pada Mei 2024 lalu, ia dijual dengan harga bermula 189,800 yuan (~RM116,518).

Nantikan pelancaran rasmi model terbaru BYD ini bagi mengetahui lebih lanjut spesifikasi dan varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan yang dijadual akan diumumkan pada minggu hadapan.

Berkaitan

  • MPV BYD M6 Dilancar, Harga Dari RM109,800
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY