Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km

Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km

Diterbitkan November 6, 2024 ยท Dikemas kini November 6, 2024 oleh ariff bukhari

Geely Auto baru sahaja memperkenalkan model Galaxy Starship 7 di Shanghai, sebuah SUV bersaiz sederhana bagi siri Galaxy.

Kenderaan ini menggunakan teknologi NordThor EM-i Super Hybrid generasi baharu Geely, yang menggabungkan enjin 1.5L aspirasi semula jadi dengan sistem hibrid plug-in (PHEV).

Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7
Dikuasakan oleh enjin 1.5L dan pilihan bateri 19.09kWh atau 28.94kWh, ia menjana kuasa sehingga 110hp dan menawarkan jarak perjalanan sehingga 1,430 kilometer bila digabungkan dengan isian penuh petrol.
Geely Galaxy Starship 7
Geely Galaxy Starship 7 1
Geely Perkenalkan Galaxy Starship 7, PHEV Dengan Julat Sejauh 1,430Km

Reka bentuk luaran Galaxy Starship 7 menampilkan estetika berteknologi tinggi, dengan gril tertutup dan jalur lampu LED melintang.

Reka bentuk sisi yang dinamik dan lampu belakang penuh menambah rupa moden. Dengan ukuran panjang 4,740mm, lebar 1,905mm, dan ketinggian 1,685mm, ia menawarkan ruang dalaman yang luas.

Bahagian dalamnya menampilkan reka bentuk minimalis dengan stereng pelbagai fungsi, kluster instrumen digital, skrin sentuh besar, dan pengecasan tanpa wayar.

Pra-jualan Galaxy Starship 7 akan dibuka pada 8 November ini dan dijangka dilancarkan dalam tahun ini di China.

Berkaitan

  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Tempahan Proton e.MAS 7 Dibuka, Dilengkapi Bateri Bilah Geely Yang Mampu Bertahan Sehingga 50 Tahun

Sumber: Car News China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY