Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC__new 2023

Telegram, WeChat Mula Proses Pelesenan Media Sosial – MCMC

Diterbitkan Disember 26, 2024 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia.

Menurut MCMC, kedua-dua platform dijangka akan memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.

Seperti diumumkan sebelum ini, platform media sosial dan pemesejan Internet dengan minimum 8 juta pengguna perlu mempunyai Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Keperluan pelesenan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

Berbalik kepada konteks, MCMC turut mengingatkan semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar mengemukakan permohonan dengan segera, sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2024.

MCMC menegaskan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil. Pihaknya juga komited untuk memberikan sokongan kepada semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar.

Berkaitan

  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY