Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial_wisermy

Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan

Diterbitkan Disember 20, 2024 ยท Dikemas kini Disember 20, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi akan memantau dan mengambil langkah tambahan sekiranya mana-mana platform media sosial gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan yang ditetapkan platform tersebut.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah ini susulan pelaksanaan pelesenan platform media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Menurutnya, kebanyakan platform media kini menetapkan had umur penggunaan pada usia 13 tahun.

Kita nak tengok bagaimana mereka menguatkuasakan had larangan umur itu, berdasarkan apa yang (sekarang ini) mereka (platform media sosial) sendiri sudah tetapkan. Jika penguatkuasaan mereka gagal, kita akan mempertimbangkan langkah-langkah tambahan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengikut langkah Australia yang melarang kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah menggunakan platform media sosial.

Fahmi menjelaskan pihaknya menyerahkan tugas penguatkuasaan terhadap had umur itu kepada platform media sosial sebagai jaminan kestabilan polisi kerana tidak mahu menyekat kebebasan bersuara.

Sementara itu, Fahmi berkata platform media sosial dan pesanan Internet yang kini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna sedang berada di fasa akhir proses pendaftaran Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun
  • Platform Media Sosial Perlu Tegas Patuh Garis Panduan Had Umur - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY