Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (3)

Telefon Kelas Pertengahan Samsung Dijangka Terima Galaxy AI Tak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 6, 2024 oleh Amsyar Latif

Berdasarkan laporan daripada sammobile, telefon kelas pertengahan Samsung dijangka akan menerima ciri Galaxy AI tidak lama lagi. Peranti kelas pertengahan itu adalah dalam siri Galaxy A dan bermula dengan model tahun 2024.

Ini bermakna, bagi pengguna Galaxy A35 dan Galaxy A55 mungkin bakal dapat menikmati Galaxy AI menerusi kemas kini One UI 6.1.1 yang dijangka tiba bulan ini atau dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, dikatakan yang peranti kelas pertengahan Samsung itu tidak akan menerima semua fungsi Galaxy AI sepertimana yang ditawarkan pada telefon berkelas andalan.

Selain itu, belum diketahui lagi ciri Galaxy AI yang mana tidak diberikan pada telefon Galaxy A35 dan Galaxy A55.

Seperti diketahui, Galaxy AI memerlukan perkakasan atau spesifikasi yang berkuasa untuk menikmati ciri kecerdasan sepenuhnya. Perkara ini tidak terhad kepada Samsung sahaja. Malah, kebanyakan jenama lain pun berbuat perkara yang sama.

Oleh yang demikian, sekiranya anda pengguna telefon kelas pertengahan siri Galaxy A model terdahulu, berkemungkinan anda tidak dapat menerima Galaxy AI meskipun perkakasan dalaman adalah lebih kurang.

Berkaitan

  • Ini Harga Rasmi Bagi Samsung Galaxy A55 Dan A35 Di Malaysia
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Ini Senarai Telefon Samsung Galaxy Yang Akan Terima Kemas Kini OneUI 6.1.1
  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
  • Samsung Galaxy Z Flip Dijadikan Sebagai Kamera Badan Anggota Polis

Sumber: sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY