Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article

Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat

Diterbitkan Julai 26, 2024 oleh Muhd Idham

Sebelum ini, kita telah menerima laporan serta pendedahan mengenai One UI 7 dalam bentuk penerangan yang mana ia akan hadir dengan berinspirasikan iOS 18 daripada Apple.

Perkara tersebut diperkukuhkan lagi dengan siaran gambar daripada pembekal maklumat, @chunvn8888 melalui platform X di mana halaman utama antara muka bagi One UI 7 dilihat memenuhi butiran yang diperkatakannya sebelum ini

https://x.com/chunvn8888/status/1816549708657230301

Apabila kita bandingkan halaman utama itu dengan One UI 6.1, perbezaannya kelihatan sangat ketara, terutama sekali untuk aplikasi Samsung yang di pra-muat turun seperti Clock, Gallery, Phone dan Camera.

Screenshot_20240726_101858_One UI Home
Samsung Galaxy S23 Ultra, One UI 6.1

Tidak terhenti di situ, @chunvn8888 juga kongsikan kaedah navigasi terbaru untuk ciri-ciri dalam aplikasi Camera Samsung One UI 7 yang mana lebih menggalakkan kaedah penggunaan sebelah tangan.

Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat

Galeri foto di bawah adalah antara muka pengguna untuk aplikasi Camera di Samsung S23 Ultra, One UI 6.1.

Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat
Rekaan Samsung One UI 7 Diperlihat

Berikutan dengan pendedahan hasil projek One UI 7 yang pantas daripada Samsung melalui pembekal maklumat, kita boleh jangkakan yang percubaan beta untuk sistem operasi tersebut akan tersedia dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Berkaitan

  • nubia Flip 5G Kini Tersedia Di Shopee, Harga RM2,499
  • Redmi Pad Pro 5G Tersedia, Harga Rasmi RM1,799
  • Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 10 Negara Teratas Paling Aman Di Dunia
  • Bakal Saingi Google, OpenAI Perkenal SearchGPT
  • MCMC Rekrut Lebih 11,000 Sukarelawan MIV Untuk Sebar Mesej Keselamatan Internet

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY