Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-16T121006.339

Ini Senarai Telefon Samsung Galaxy Yang Akan Terima Kemas Kini OneUI 6.1.1

Diterbitkan Julai 17, 2024 oleh Muhd Idham

Pada minggu yang lepas, Samsung telah memperkenalkan barisan produk terbaru mereka yang dalam acara Galaxy Unpacked 2024.

Seperti yang diperlihatkan, Siri Galaxy Z Fold 6 dan Flip 6 kini tersedia dengan sistem operasi One UI 6.1.1 yang mana merupakan peningkatan untuk sudut kamera daripada One UI 6.0 semasa pelancaran siri Galaxy S24 pada tahun lepas.

Samsung telah memberi kenyataan di dalam laman rasmi mereka bahawa beberapa peranti Samsung terkini yang lain juga akan menerima ciri-ciri kamera yang tersedia dalam One UI 6.1.1 .

Antara model telefon pintar Galaxy yang akan terima kemas kini itu adalah seperti berikut

  • Siri Galaxy S24
  • Siri Galaxy S23
  • Siri Galaxy S22
  • Galaxy Z Flip 5
  • Galaxy Z Fold 5
  • Galaxy Z Flip 4
  • Galaxy Z Fold 4
  • Siri Galaxy Tab S9
  • Siri Galaxy Tab S8

Bagi anda yang belum cakna, salah satu ciri kamera AI yang ditawarkan oleh One UI 6.1.1 pada siri Galaxy Z Fold 6 dan Flip 6 adalah studio potret yang mampu menukarkan imej individu di dalam gambar menjadi sebuah karakter kartun.

Ini Senarai Telefon Samsung Galaxy Yang Akan Terima Kemas Kini OneUI 6.1.1
Ini Senarai Telefon Samsung Galaxy Yang Akan Terima Kemas Kini OneUI 6.1.1

Anda juga mampu untuk melukis secara bebas di gambar tersebut untuk menambah pelbagai grafik yang menarik.

Namun, pihak Samsung masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pelancaran One UI 6.1.1 untuk peranti-peranti yang dimaksudkan.

Untuk pencerahan yang lebih jelas mengenai ciri kamera AI dan One UI 6.1.1, anda boleh baca di artikel sebelum INI.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Gemini Dilapor "Menyelongkar" Dokumen Peribadi Pengguna
  • Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace
  • Lontar Komen Jelik, Ekstrem Dan Bersifat Jenayah Di Media Sosial Akan Dikena Tindakan Tegas - Menteri Komunikasi
  • Hyperkin Hasilkan Rekaan Terbaru Untuk Alat Kawalan Xbox

Sumber: Samsung, 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY