Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Lagi Internet Pantas Tanpa Had, Starlink Mungkin Perkenalkan Had Data

Telefon Android Capai Kelajuan Muat Turun 17Mbps Dengan Selular Starlink

Diterbitkan Mac 5, 2024 ยท Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh ariff bukhari

Hujung minggu lepas, ketua pegawai eksekutif SpaceX Elon Musk berkongsikan kelajuan sistem selular Starlink yang mana kadar muat turun mencapai 17Mbps.

Peranti yang digunakan dalam ujian tersebut adalah sebuah telefon Android Samsung yang tidak diubah suai dan difahamkan ia merupakan model Galaxy S21 Ultra.

Tambahan lagi, tiada perkakas khas lain digunakan untuk menguji sistem tersebut menggunakan peranti Samsung Galaxy S21 Ultra.

Ujian itu melibatkan penggunaan satelit yang mengorbit untuk menghantar fail bersaiz 60.3MB.

Hasil ujian itu menunjukkan semasa muat turun, selular satelit Starlink mampu mencapai kadar kelajuan 15.6Mbps hingga 17.2Mbps.

SpaceX just achieved peak download speed of 17Mb/s from satellite direct to unmodified Samsung Android phone pic.twitter.com/JqPHmkriv0

— Elon Musk (@elonmusk) March 2, 2024

Beliau juga menunjukkan kadar muat turun 17Mbps hanya boleh dilakukan di kawasan dengan liputan selular yang sedikit, yang mempunyai kurang gangguan radio.

Disebabkan kelajuan yang rendah itu juga, ia dilihat lebih kepada kegunaan pada masa kecemasan sahaja atau apabila tiada sambungan rangkaian selular.

Untuk pengetahuan anda juga, peranti seperti Huawei Mate 60 atau iPhone 14 ke atas mempunyai sambungan satelit secara terus.

Berkaitan

  • Starlink Berjaya Hantar Dan Terima Mesej Melalui Satelit Selularnya
  • Starlink Tawar Servis Internet Baharu, Harga Bermula ~RM353 Ribu/bulan
  • 100 Satelit Starlink Akan Dikeluarkan Dari Orbit Ekoran Risiko Kegagalan Fungsi

Buat masa sekarang, SpaceX sedang membangunkan sistem Starlink “Terus ke Sel” supaya pengguna masih boleh menyambung ke Internet walaupun dalam zon mati selular.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menggunakan telefon mereka di kawasan dengan pemandangan langit yang jelas atau tiada halangan.

Pada masa ini, syarikat itu hanya mempunyai enam satelit “sel langsung” di orbit, tetapi ia merancang untuk menghantar sebanyak 840 daripadanya dalam beberapa bulan akan datang.

Ia bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut untuk pengguna T-Mobile menjelang akhir tahun ini dengan fungsi pemesejan SMS.

Kemudian, barulah menawarkan panggilan dan sokongan internet pada 2025 nanti.

Sumber: PCMag, sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY