100 Satelit Starlink Akan Dikeluarkan Dari Orbit Ekoran Risiko Kegagalan Fungsi

SpaceX dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka akan mengeluarkan sejumlah 100 Satelit Starlink dari orbit ekoran potensi berisiko untuk satelit mereka menjadi tidak boleh dikendalikan.

"SpaceX secara proaktif menyahorbit satelit yang dikenal pasti berisiko tinggi menjadi tidak boleh dikendalikan."

Tindakan itu adalah sebagai tanda komitmen syarikat itu dalam usaha untuk memastikan ruang selamat, mampan dan boleh diakses, melindungi angkasawan dan satelit di orbit dan orang awam di Bumi.

Jadi, SpaceX merancang pada minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang, SpaceX akan melakukan penurunan terkawal ke atas kira-kira 100 versi terawal satelit Starlink.

SpaceX menyatakan, walaupun satelit-satelit ini masih boleh digerakkan dan masih berkhidmat, tetapi pasukan Starlink mengenal pasti isu biasa dalam populasi satelit kecil ini yang boleh meningkatkan kebarangkalian kegagalan pada masa akan datang.

Satelit Starlink beroperasi di orbit Bumi rendah di bawah ketinggian 600 km. Ia direka bentuk supaya ia tidak berisiko kepada penduduk Bumi apabila satelit terbakar semasa kemasukan semula ke ruang atmosfera Bumi.

SpaceX juga memaklumkan, pengalaman pelanggan Starlink tidak akan terkesan dengan ketiadaan satelit-satelit ini.

Ini kerana, SpaceX mempunyai kapasiti untuk membina sehingga 55 satelit seminggu dan melancarkan lebih daripada 200 satelit sebulan, yang membolehkan mereka terus memperbaiki sistem dan menjadikannya lebih berdaya tahan, sambil meningkatkan akses kepada kelajuan tinggi, internet latensi rendah kepada penggunanya di seluruh dunia.

{suggest}

Sumber: SpaceX