Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink selular

Starlink Berjaya Hantar Dan Terima Mesej Melalui Satelit Selularnya

Diterbitkan Januari 11, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas 6 hari melancarkan satelit selular pertamanya ke orbit, SpaceX hari ini mengumumkan mereka telah berjaya menghantar mesej pertama melalui satelit tersebut.

“Kurang daripada 6 hari selepas pelancaran, kami menghantar dan menerima mesej teks pertama dari telefon bimbit yang tidak diubah suai di darat ke satelit baharu kami di angkasa menggunakan spektrum rangkaian T- Mobile.” SpaceX.

The SpaceX team sent and received our first text messages through our Direct to Cell satellites just six days after launch → https://t.co/wMHDtCbRXA pic.twitter.com/0tUYnIqaem

— SpaceX (@SpaceX) January 10, 2024

Bagaimanapun, SpaceX tidak menghuraikan dengan lebih lanjut tentang ujian itu seperti kelajuan, kependaman atau perkara yang dinyatakan dalam teks yang dihantar dan diterima.

Screenshot 2024-01-11 at 3.24.42 PM
Starlink menjelaskan, Satelit Terus ke Sel bertindak seperti menara sel di angkasa, menghantar trafik ke teras pengendali rakan kongsi menggunakan sistem angkasa Starlink dan di darat.

SpaceX telah melancarkan sebanyak 6 satelit Starlink pertama dengan keupayaan ‘Direct to Cell‘ yang membolehkan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia menyediakan akses global yang lancar untuk menghantar mesej, memanggil dan melayari internet di mana-mana sahaja anda berada.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa SpaceX mensasarkan untuk menguji sistem selular Starlink yang akan disambungkan menerusi 840 satelit.

Berkaitan

  • Space X Lancar 6 Satelit Starlink Pertama Dengan Keupayaan 'Direct to Cell'
  • Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum
  • CES 2024 - MSI Umum Ketibaan Barisan 'Laptop AI' Dengan Harga Serendah RM5,999

Sumber: SpaceX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY