Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Cadang Pasang 40 Peranti Satelit Starlink Di IPT – PM

Starlink Tawar Servis Internet Baharu, Harga Bermula ~RM353 Ribu/bulan

Diterbitkan Januari 17, 2024 oleh ariff bukhari

SpaceX kini menawarkan perkhidmatan Starlink baharu yang boleh menyampaikan kelajuan gigabit untuk perkhidmatan internet satelit.

Untuk servis yang dikenali sebagai Community Gateways ini, pelanggan akan menikmati kelajuan internet (muat naik dan muat turun) sehingga 10Gbps serta pendaman (latency) kurang dari 99ms.

Servis baharu menerusi Satelit Starlink ini mampu menyampaikan kelajuan seperti servis jalur fiber dengan pembekal tempatan mengedarkan sambungan ke rumah, perniagaan dan kerajaan menggunakan gentian jarak jauh, wayarles tetap dan wayarles mudah alih.

starlink Community Gateways

Kini nampaknya SpaceX telah memutuskan untuk mengembangkan servis baharu ini kepada semua ISP yang berminat.

Cuma servis Community Gateways Starlink ini tidak ditawar pada harga yang murah.

Untuk permulaan, pelanggan perlu membayar kos pendahuluan berharga $1.25 juta (~RM5.89 juta). Kemudian, harga servis bulanannya pula adalah bermula dari $75,000 (~RM353,662/bulan).

Kit Community Gateways ini termasuklah semua perkakasan Starlink yang diperlukan untuk pemasangan. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang, kuasa dan peralatan mengangkat sahaja.

Pada bulan September tahun lepas, syarikat itu mendedahkan ia telah membina Community Gateways pertamanya untuk penduduk Unalaska, sebuah bandar yang terletak di sebuah pulau berhampiran Alaska.

starlink Community Gateways

“Community Gateways pertama kami di pulau terpencil Unalaska, Alaska, mampu menyediakan 10 gigabit pautan simetri atas dan pautan bawah, cukup untuk melayani ribuan pelanggan baharu semasa beroperasi pada lebih 99% masa beroperasi.” Starlink.

Berkaitan

  • Telefon "Mati" Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan 'Road Tax Digital', Ini Jawapan JPJ
  • Pelan Pascabayar U Postpaid Kini Terima Penambahan Kuota Data 4G/5G
  • Perodua Akan Keluarkan EV Mampu Milik Menjelang Hujung 2025

Sumber: Starlink, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY