Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
falcon 9 spaceX

Space X Lancar 6 Satelit Starlink Pertama Dengan Keupayaan ‘Direct to Cell’

Diterbitkan Januari 5, 2024 · Dikemas kini Januari 5, 2024 oleh ariff bukhari

Space X telah melancarkan roket Falcon 9 yang membawa sejumlah 21 satelit Starlink ke orbit Bumi rendah dari Kompleks Pelancaran Angkasa 4 Timur (SLC-4E) di Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Ini adalah penerbangan pertama untuk penggalak peringkat pertama yang menyokong misi ini.

Apa yang lebih menarik lagi adalah, pelancaran ini termasuklah membawa sebanyak 6 satelit Starlink pertama dengan keupayaan ‘Direct to Cell‘ yang membolehkan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia menyediakan akses global yang lancar untuk menghantar mesej, memanggil dan melayari internet di mana-mana sahaja anda berada di darat, tasik atau perairan pantai tanpa menukar perkakasan atau perisian tegar.

This will allow for mobile phone connectivity anywhere on Earth.

Note, this only supports ~7Mb per beam and the beams are very big, so while this is a great solution for locations with no cellular connectivity, it is not meaningfully competitive with existing terrestrial… https://t.co/ymHpw8XBHl

— Elon Musk (@elonmusk) January 3, 2024

Satelit Starlink yang dipertingkatkan ini mempunyai modem canggih yang bertindak sebagai menara telefon bimbit di angkasa, sekali gus menghapuskan zon tanpa rangkaian dengan penyepaduan rangkaian serupa dengan rakan kongsi perayauan standard.

Penyedia selular global yang menggunakan Direct to Cell untuk mendapatkan akses timbal balik di semua negara rakan kongsi termasuklah T-Mobile di A.S., Rogers di Kanada, KDDI di Jepun, Optus di Australia, One NZ di New Zealand, Salt di Switzerland dan Entel di Chile dan Peru.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa SpaceX mensasarkan untuk menguji sistem selular Starlink yang akan disambungkan menerusi 840 satelit.

Berkaitan

  • Satelit Piko Pertama Malaysia Berjaya Dilancarkan Dengan Roket SpaceX
  • SpaceX Sasar Uji Sistem Selular Starlink Dengan 840 Satelit
  • Kuo: iPhone 17 Akan Terima Naik Taraf Kamera Swafoto

Sumber: SpaceX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY