Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whoscall app_

Whoscall Perkenal Sistem Ganjaran & Misi – Lapor Scam Dapat Mata

Diterbitkan September 23, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh Amalina Athman

Whoscall, satu-satunya aplikasi anti-scam yang diiktiraf Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini mengumumkan penjenaman semula di peringkat global dengan meletakkan individu serta komuniti sebagai teras utama.

Sebagai sebahagian daripada pembaharuan ini, Whoscall memperkenalkan sistem baharu “Ganjaran & Misi” yang memberi insentif kepada pengguna setiap kali melaporkan penipuan.

Bakal dilancarkan pada suku keempat 2025, sistem ini direka untuk menggalakkan pengguna lebih aktif dalam mencegah penipuan.

Whoscall app_

Dengan melengkapkan tugasan seperti melaporkan nombor dan mengesahkan aktiviti mencurigakan, pengguna akan memperoleh mata ganjaran yang boleh ditebus untuk langganan Whoscall Premium, ganjaran menarik atau produk tajaan.

Selain itu, Whoscall turut memperkukuh perlindungan dengan kuasa kecerdasan buatan (AI). Bekerjasama dengan Gemini, Whoscall mampu mengenal pasti taktik dan corak penipuan.

Ciri aplikasi Whoscall akan menjadi lebih pantas dan tepat, daripada pengesahan nombor telefon dan pautan hingga analisis tangkap layar mencurigakan, sekali gus memberi keyakinan lebih tinggi kepada pengguna dalam membuat keputusan digital.

01_Whoscall New Look Poster

Seiring pembaharuan ini, Whoscall turut memperkenalkan logo dan rekaan aplikasi baharu. Aplikasi Whoscall boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. 

Berkaitan

  • Cepat Pasang Aplikasi ID Pemanggil Ini, Satu-Satunya Yang Diiktiraf PDRM
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY