Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scam kod QR_

Manipulasi Kod QR Jadi Taktik Scammer Curi Maklumat Sensitif

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh Amalina Athman

Tindakan cuai mengimbas kod atau menekan pautan mencurigakan boleh mendedahkan pengguna kepada risiko kebocoran data peribadi. Ia berlaku apabila penjenayah siber memanipulasi kod QR palsu bersama pautan pendek.

Taktik itu, dikenali sebagai QR Phishing atau quishing, membawa pengguna ke laman web palsu atau aplikasi berbahaya bagi mencuri maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan dan butiran perbankan dengan menyamar sebagai entiti dipercayai.

Timbalan Dekan Akademik dan Teknologi Malaysian Institute of Information Technology, Universiti Kuala Lumpur Dr Shafiza Mohd Shariff berkata satu klik cuai juga boleh mendedahkan pengguna kepada penipuan lebih canggih seperti deepfake dan voice phishing menggunakan teknik penyamaran (spoofing).

Penipuan melalui pautan palsu dan kod QR membolehkan scammer mencuri data peribadi mangsa serta memasukkan perisian hasad yang membolehkan mereka mempunyai kawalan penuh ke atas peranti… Ramai tertipu dengan laman sesawang perbankan tiruan yang menggunakan alamat domain dan rupa seakan sama dengan alamat sebenar.

Bagi penipuan spoofing, penjenayah yang memperoleh nombor telefon mangsa boleh menukar ID pemanggil supaya kelihatan seperti nombor dikenali, lengkap dengan voice cloning untuk meniru suara sebenar bagi penipuan peribadi atau korporat.

Shafiza menasihatkan pengguna agar tidak mengimbas atau menekan pautan yang diterima tanpa semakan.

“.. boleh menggunakan plugin pengesan phishing pada pelayar dan menyemak pautan di phishtank.com atau virustotal.com, jangan klik pautan daripada mesej atau e-mel yang tidak disahkan, buat carian untuk sahkan kesahihan mesej dan periksa ciri keselamatan laman seperti ikon mangga dan “HTTPS” serta memasang perisian antivirus pada telefon sekiranya berkemampuan.”

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna yang pernah menjadi mangsa penipuan supaya menggunakan kata laluan baharu bagi setiap aplikasi yang digunakan dan melakukan imbasan perisian hasad jika mempunyai perisian antivirus.

Berkaitan

  • Imbas Kod QR, Rugi Ribuan Ringgit — Ini Bagaimana 'Scam' QR Berlaku
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY