Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Teknologi e-Pengesahan MyDigital ID Diuji Dalam Sistem Pendaftaran Pelanggan, Pengesahan Transaksi Perbankan

Diterbitkan Februari 12, 2026 ยท Dikemas kini Februari 13, 2026 oleh Amalina Athman

MyDigital ID kini mengumumkan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 15 bank dan syarikat teknologi kewangan (fintech), bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam ekosistem institusi kewangan di Malaysia.

Antara institusi kewangan yang terlibat termasuk Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, AmBank, Bank Islam, Boost Bank, KAF Digital Bank, Ryt Bank, TNG Digital, ShopeePay, Atome, Kale (Technology (PayLater)) dan Finexus.

Melalui kerjasama ini, teknologi e-pengesahan MyDigital ID akan diuji dan digunakan dalam sistem pendaftaran pelanggan (onboarding) serta pengesahan transaksi institusi kewangan terlibat.

Menurut MyDigital ID, inisiatif ini bertujuan meningkatkan keupayaan institusi kewangan untuk mengesahkan identiti pelanggan, serta memperkukuh pertahanan terhadap ancaman seperti penyamaran identiti, pengambilalihan akaun, dan pelbagai bentuk penipuan digital.

MyDigital ID merupakan satu-satunya platform di Malaysia yang mengesahkan identiti secara langsung dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai sumber rujukan tunggal (single source of truth) pada masa nyata.

Inisiatif ini selaras dengan pelan tindakan strategik Bank Negara Malaysia dalam mempertingkat pendigitalan sektor kewangan, selain menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya digital menjelang 2030.

[Siaran Media] MYDIGITAL ID JALIN KERJASAMA DENGAN 15 INSTITUSI KEWANGAN BAGI MEMPERKUKUH PENGESAHAN IDENTITI DIGITAL

12 Februari 2026 pic.twitter.com/0fxQQidm8O

— MyDigital_ID (@mydigital_ID) February 12, 2026

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Integrasi MyDigital ID Dalam Aplikasi Telco Bermula Hari Ini
  • Pendaftaran Perkahwinan, Pembaharuan Pasport Kelak Perlukan MyDigital ID
  • Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Dengan MyDigital ID Ditangguh Ke 1 Mac 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY