Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
log masuk tunggal myjpj Mydigital ID_

Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Dengan MyDigital ID Ditangguh Ke 1 Mac 2026

Diterbitkan Februari 3, 2026 · Dikemas kini Februari 3, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa pelaksanaan penggunaan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal ke aplikasi MyJPJ untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini ditangguhkan ke 1 Mac 2026.

Sehingga tarikh tersebut, pengguna masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada dalam aplikasi MyJPJ.

log masuk tunggal myjpj Mydigital ID
Foto: Jabatan Pengangkutan Jalan

Sebelum ini, JPJ memaklumkan MyDigital ID akan menggantikan penggunaan kata laluan sedia ada bermula 1 Februari 2026. Pelaksanaan ini hanya terpakai kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas, manakala pengguna di bawah 18 tahun serta pemegang kad MyPR masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada melalui pautan khas.

Dengan pengumuman terbaharu ini, pengguna aplikasi MyJPJ yang belum mendaftar MyDigital ID kini mempunyai lebih masa untuk berbuat demikian sebelum tarikh kuat kuasa baharu.

Berkaitan

  • Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
  • Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas - Berkuat Kuasa Februari 2026
  • Integrasi MyDigital ID Dalam Aplikasi Telco Bermula Hari Ini
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY