Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

Diterbitkan April 9, 2026 oleh ariff bukhari

Michelin telah mula memperkenalkan barisan tayar mereka dengan dilengkapi cip RFID.

Tujuan utamanya adalah bagi memudahkan industri menjejaki sekali gus menguruskan kitaran penuh hidup tayar daripada pembuatan kepada kitar semula.

Melalui teknologi RFID, Michelin membolehkan tayar “berkomunikasi” dengan menghubungkannya dalam satu ekosistem yang lebih global meliputi tayar untuk kenderaan ringan dan berat.

Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID
Tayar yang dipasang RFID mempunyai logo rasmi ini pada tayar.
Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

Michelin telah melabur besar melalui R&D bersama rakan kongsinya apa yang dipanggil sebagai “tag tayar” terbenam yang boleh bertahan bukan sahaja dalam proses pembuatan tayar (tayar baharu dan tayar celup semula) tapi meliputi keseluruhan kitaran hayat tayar.

Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID
“Tag RFID ” oleh Michelin ini boleh diletakkan dan dilekatkan dengan mudah di lokasi yang sesuai di dalam tayar. Michelin juga telah membuka akses kepada teknologi baharu ini kepada syarikat tayar lain.
Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

RFID (Radio Frequency Identification) membolehkan tayar dikenal pasti secara unik tanpa bateri, semuanya hanya melalui imbasan.

Teknologi ini bukanlah pula digunakan bagi menjejaki lokasi pemandu, tetapi untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan kelestarian.

Dengan cip ini, tayar boleh dipadankan tepat dengan sistem kenderaan, memudahkan pengesanan semasa proses pengeluaran, penghantaran, dan inventori.

Kedai tayar pula boleh mengimbas dengan cepat untuk mengetahui keadaan tayar, manakala pengeluar dapat mengurus panggilan balik dengan lebih teratur kerana setiap tayar dikaitkan dengan nombor identifikasi (VIN) kenderaan.

Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

Selain itu, RFID membantu mengurangkan pemalsuan tayar dan mempercepatkan proses kitar semula atau retreading apabila tayar mencapai akhir hayat.

Data yang dikumpul juga memberi peluang kepada jurutera untuk mereka bentuk tayar lebih baik berdasarkan corak penggunaan sebenar.

Diperingkat awalnya ia digunakan dalam tayar komersial, tapi kini Michelin mula perluaskan pemasangan cip RFID dalam tayar pengguna awam.

Langkah ini juga selaras dengan peraturan EU yang bakal mewajibkan ID digital untuk semua tayar baharu.

Michelin bukanlah satu-satunya pengeluar tayar yang memasang cip RFID pada tayar mereka kerana beberapa pengeluar tayar lain juga telah mula beralih ke arah aplikasi RFID di dalam tayar mereka.

Ringkasnya, dengan adanya cip RFID di dalam tayar menjadikan tayar lebih pintar, selamat, dan mesra alam.

Berkaitan

  • Teknologi Tayar Pancit Pulih Sendiri 'ContiSeal' Diperluas, Harga Bermula RM290
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY