Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Diterbitkan Mac 12, 2026 · Dikemas kini Mac 12, 2026 oleh ariff bukhari

Persatuan automobil terbesar dan berpengaruh di Jerman, Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC), telah menguji sebanyak 16 tayar bersaiz 225/50 R17 bagi tahun 2026 dengan fokus kepada prestasi di jalan basah, kering, ketahanan, kecekapan dan keseimbangan alam sekitar.

Hasil ujian ke atas 16 tayar yang diuji itu, ADAC mendapati terdapat perbezaan besar dalam keupayaan memberhentikan kenderaan ketika hujan.

Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Berdasarkan ujian ADAC itu, Linglong Sport Master dari China mengejutkan pasukan penguji apabila mencatat prestasi sangat baik di jalan basah

Malah tayar China itu mengatasi beberapa jenama terkenal yang lain.

Tayar Linglong Sport Master memperoleh skor 1.5, setanding dengan Continental PremiumContact 7 (1.7), terutama dari segi kawalan aquaplaning, pengendalian di permukaan basah dan jarak membrek.

Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Namun ujian selanjutnya menunjukkan prestasi tayar dari jenama China itu tidak konsisten.

Linglong Sport Master  didapati hanya dioptimumkan untuk keadaan basah, manakala prestasinya di jalan kering lemah.

ADAC berkata, apabila tayar itu menjadi panas, tindak balas stereng kenderaan menjadi lambat dan sukar mengawal sudut stereng dengan tepat.

Ketika memandu di selekoh pula, pemandu perlu membetulkan stereng kerana rasa pemanduan agak “lembut” dan tidak stabil.

Malah, penguji ADAC mendedahkan, dalam situasi kecemasan atau ketika mengelak, tayar ini juga mudah mengalami oversteer, yang boleh menjadi berbahaya terutama bagi pemandu kurang berpengalaman.

Selain itu, prestasi dari segi alam sekitar juga tidak memuaskan kerana tayar China ini lebih cepat haus berbanding jenama lain.

Tayar Linglong Didapati Lebih Cemerlang Dalam Ujian Jalan Basah, Atasi Jenama Utama

Akibat kelemahan tersebut, Linglong Sport Master hanya menerima skor keseluruhan sebanyak 4.2 markah dan ADAC mengkategorikannya sebagai tidak disyorkan.

“Linglong ialah contoh yang baik bagi pembangunan tayar yang tidak seimbang: Walaupun ia mencapai penarafan individu terbaik dalam bidang ujian di jalan basah (keputusan 1.5), ia mempunyai masalah yang ketara di jalan kering (keputusan 3.8).” ADAC.

Selain Linglong Sport Master, ADAC turut menyenaraikan dua lagi tayar dikategorikan sebagai tidak disyorkan.

Leao Nova-Force Acro, juga jenama tayar dari China, menunjukkan prestasi lemah di jalan kering dan basah, selain cepat haus serta mempunyai tahap kehausan getah yang tinggi.

Sementara Lassa Revola dari Turki pula walaupun masih menunjukkan prestasi memadai di jalan basah, namun lemah di jalan kering dengan pemanduan yang terasa lembut dan tidak stabil, serta berisiko ketika melakukan pergerakan mengelak.

Berkaitan

  • Teknologi Tayar Pancit Pulih Sendiri 'ContiSeal' Diperluas, Harga Bermula RM290
  • 2 Tayar Baharu Continental Cekap Bahan Api, Lebih Senyap Untuk EV Dan Hibrid
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY