Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tandas pintar BMW-i_03

Tandas Pintar ‘BMW-i’ Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya – Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain

Diterbitkan Oktober 14, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

Tandas Bersih, Menawan, Wangi dan Pintar (BMW-i) pertama di Malaysia kini diperkenalkan di Dataran Putra, Putrajaya, dengan pelbagai kemudahan automatik dan teknologi sensor untuk meningkatkan kebersihan serta keselesaan pengguna.

Tandas pintar BMW-i_01
Foto: Facebook//Nga Kor Ming

Terletak bersebelahan Masjid Putra, tandas ini dilengkapi sistem automatik untuk pili air, bekalan sabun dan pam tandas.

Sensor turut digunakan untuk memantau kualiti udara dan kebersihan, manakala kemudahan lain merangkumi sistem pewangi automatik yang diaktifkan apabila bau dikesan, sistem pengeringan lantai serta teknologi untuk merekodkan jumlah pengguna. Kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.

Tandas pintar BMW-i_04
Tandas pintar BMW-i_05
Tandas pintar BMW-i_07
Tandas pintar BMW-i_06

Memetik laporan Berita RTM, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata kerajaan menyasarkan setiap ibu negeri di seluruh negara memiliki sekurang-kurangnya sebuah tandas pintar BMW-i sebagai penanda aras baharu kemudahan tandas awam, dengan kos pembinaan tidak melebihi RM1 juta bagi setiap unit.

Tandas pintar BMW-i_08

Selepas Putrajaya, projek itu dirancang untuk diperluas ke Kuala Lumpur dan beberapa ibu negeri lain, termasuk Ipoh, George Town, Kuching, Kota Kinabalu serta Johor Bahru.

Kemudahan berkenaan juga berpotensi menjadi model rujukan kepada pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan standard tandas awam.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya
  • Kerajaan Tawar Akses Coursera Percuma 3 Bulan Kepada 100,000 Rakyat Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY