Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya

Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya

Diterbitkan Oktober 7, 2026 oleh ariff bukhari

Putrajaya kini melangkah ke era baharu pengangkutan awam menerusi pelancaran perkhidmatan Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Laluan P113, kendalian Nadiputra bersama Perbadanan Putrajaya, Handal Indah, dan eMoovit Technology Sdn Bhd.

Bermula 7 Oktober 2026, orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman perjalanan pintar ini yang menghubungkan laluan pusingan dari MRT Putrajaya Sentral hingga ke Dataran Gemilang.

Laluan as elektrik berautonomi ini merangkumi 6 hentian utama termasuklah MRT Putrajaya Sentral, Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman, Kementerian Belia & Sukan, Dataran Gemilang, dan Kompleks PPJ sebelum kembali ke MRT Putrajaya Sentral.

Perkhidmatan ini beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat (tidak beroperasi pada hari Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum) dengan jadual pelepasan tetap berikut:

  • Sesi Pagi: 7:15 am, 8:15 am, 9:15 am, dan 10:15 am
  • Sesi Petang: 2:45 pm, 3:45 pm, 4:45 pm, dan 5:45 pm

Hanya RM1, Bas Elektrik Henti-Henti Berautonomi Mula Beroperasi Di 6 Stesen Di Putrajaya

Pada kadar tambang yang amat berpatutan, iaitu RM1 sahaja bagi setiap perjalanan sehala, anda KINI boleh menikmati mod pengangkutan moden, mesra alam, dan berteknologi tinggii.

Transaksi pembayaran adalah berasaskan sistem tanpa tunai sepenuhnya menggunakan kad debit atau kredit Visa dan Mastercard.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan mobiliti pintar ini dan alami sendiri keselesaan pengangkutan awam berautonomi di Putrajaya.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Perkhidmatan Waymo Akan Dilancar Di Singapura Pada 2028 Menggunakan Model EV Jaguar I‑PACE
  • Syarikat Swiss Bangunkan Bas Elektrik Dicas Melalui Tayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY