Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s Coin Launch_ALGO & NEAR

Tambah Lagi Dua—Luno Kini Tawar 20 Koin Diluluskan Di Malaysia

Diterbitkan April 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Luno Malaysia kini memperkenalkan dua aset digital baharu iaitu Algorand (ALGO) dan NEAR Protocol (NEAR), menjadikan jumlah keseluruhan aset digital di platform ini kepada 20.

Kedua-dua koin baharu ini diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan merupakan kelulusan aset digital pertama untuk Luno pada tahun ini.

Algorand menawarkan blockchain mesra alam dengan transaksi pantas, murah, dan sesuai untuk pembangunan aplikasi terdesentralisasi (dApp). NEAR Protocol pula terkenal dengan kelajuan, skalabiliti tinggi, serta kos transaksi yang rendah.

Selain penambahan dua koin ini, Luno turut meluaskan fungsi Stake mereka, dengan NEAR Protocol akan mula ditawarkan menjelang akhir April. Fungsi Stake NEAR ini membolehkan pengguna memperoleh ganjaran pasif sehingga 7% setahun.

Menurut Pengurus Negara Luno Malaysia, Scarlett Chai, pihaknya akan terus menambah aset digital baharu sepanjang tahun ini bagi memperluas pilihan pelaburan pelanggan secara selamat dan terkawal.

Berkaitan

  • Rusia Haramkan Perlombongan Kripto Di 10 Wilayah Selama 6 Tahun
  • Rusia Guna Mata Wang Kripto Untuk Perdagangan Antarabangsa
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • GXBank Hadkan Pengecualian Caj ATM, Tumpu Ganjaran Bayaran QR Mulai Mei Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY