Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
melombong kripto

Rusia Haramkan Perlombongan Kripto Di 10 Wilayah Selama 6 Tahun

Diterbitkan Disember 26, 2024 ยท Dikemas kini Disember 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Rusia kini bersetuju untuk mengharamkan perlombongan kripto di 10 wilayah selama 6 tahun, lapor agensi media milik negara tersebut.

Pengharaman itu akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025 dan akan berakhir pada 15 Mac 2031. Ia adalah termasuk wilayah Dagestan, Ingushetia, Kabardino-Balkaria dan Karachay-Cherkessia.

Salah satu sebab utama sekatan ini adalah kadar penggunaan tenaga elektrik yang tinggi, dengan objektif untuk mengekalkan keseimbangan penggunaan tenaga sambil memenuhi keperluan industri.

Menurut kabinet kerajaan, larangan di beberapa wilayah itu masih belum muktamad dan mungkin akan berubah serta diselaraskan mengikut keputusan suruhanjaya berkaitan pembangunan industri kuasa elektrik.

Buat pengetahuan, perlombongan mata wang kripto merupakan aktiviti yang sah di Rusia sejak 1 November lepas. Namun, setiap pelombong kripto diwajibkan mendaftar dengan Kementerian Pembangunan Digital, dan penggunaan tenaga mereka sentiasa dipantau.

Berkaitan

  • Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Mencuri Wang Kripto
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Nilai Bitcoin Cecah USD100,000, Paling Tinggi Setakat Ini

Sumber: Tass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY