Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2017-year-of-the-bitcoin (1)

Rusia Guna Mata Wang Kripto Untuk Perdagangan Antarabangsa

Diterbitkan Disember 26, 2024 oleh Amsyar Latif

Menghadapi sekatan Barat, Rusia semakin beralih kepada mata wang kripto seperti Bitcoin untuk perdagangan antarabangsa. Kerajaan telah membolehkan perlombongan mata wang kripto dan membenarkan penggunaannya dalam transaksi perdagangan luar negara.

Menteri Kewangan, Anton Siluanov, mengesahkan bahawa transaksi ini sudah pun berlaku dan menjangkakan ia akan berkembang pada tahun hadapan. Langkah ini diambil oleh Rusia untuk mengatasi sekatan yang telah menyukarkan perdagangan dengan rakan kongsi utama.

Negara ini melihat mata wang kripto sebagai alternatif yang berdaya maju kepada sistem pembayaran tradisional, memandangkan peranan dolar AS yang semakin merosot dalam kewangan antarabangsa.

Presiden Rusia, Vladimir Putin juga telah menyatakan sokongan terhadap mata wang kripto, di mana beliau menekankan yang mata wang kripto bebas daripada pengaruh politik dan ia sesuai dijadikan alternatif.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Nilai Bitcoin Cecah USD100,000, Paling Tinggi Setakat Ini
  • Tiga Sebab Apple Tak Rancang Bangunkan Enjin Carian Sendiri
  • Rusia Haramkan Perlombongan Kripto Di 10 Wilayah Selama 6 Tahun

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY