GXBank mengumumkan beberapa perubahan penting yang akan mula dilaksanakan mulai 6 Mei 2025, selaras dengan usaha menggalakkan transaksi digital di Malaysia.
Antara perubahan utamanya termasuklah had pengecualian caj pengeluaran tunai ATM dihadkan kepada sekali sahaja sebulan. Selain itu, program pulangan tunai (cashback) sedia ada akan digantikan dengan kempen pembayaran QR bersama PayNet.
Melalui kempen DuitNow QR (6 Mei – 5 Ogos 2025), pelanggan akan menikmati pulangan tunai sebanyak 0.2% bagi setiap transaksi QR, dengan had maksimum RM5 sebulan.
Pelanggan yang pertama kali memautkan ID DuitNow mereka ke GXBank juga layak menerima RM8 pulangan tunai tambahan, dengan syarat pautan dikekalkan selama minimum 30 hari.
Perubahan ini adalah sejajar dengan trend semasa yang menyaksikan penurunan pengeluaran tunai ATM dan peningkatan ketara penggunaan pembayaran digital di Malaysia.
GXBank akan menggunakan penjimatan daripada perubahan ini untuk melancarkan perkhidmatan perbankan digital yang lebih baik, khususnya untuk PMKS, serta menambah baik manfaat kepada pelanggan seperti Ganjaran 1.5x GrabRewards di Jaya Grocer dan mengekalkan kelebihan Kad GX untuk penggunaan di luar negara.
{suggest}