Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kimi AI

Kenali Kimi k1.5 – Model AI Terbaru Dari China, Setanding OpenAI o1, Percuma Dan Tanpa Had

Diterbitkan Februari 3, 2025 · Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, DeepSeek, bot sembang yang dibangunkan syarikat kecerdasan buatan dari China telah melonjak ke carta teratas App Store dan Play Store. Ia menjadi bualan hangat pengguna di mana ia dikatakan mengalahkan ChatGPT.

Tidak terhenti di situ, satu lagi pencabar baharu dari China juga, iaitu Kimi AI yang baru sahaja memperkenalkan model Kimi k1.5. Melalui kemunculannya, ia menandakan perubahan dalam landskap teknologi global.

kimi ai

Apa itu model Kimi k1.5?

Kimi k1.5 adalah model bahasa raya (LLM) yang dibangunkan oleh Moonshot AI, sebuah syarikat pemula AI dari China. Ia direka untuk menyaingi model-model LLM terkemuka dari Amerika Syarikat seperti ChatGPT-4o.

Menarik lagi, Moonshot mengatakan yang LLM terbaru mereka setanding model ChatGPT o1. Kimi k1.5 menawarkan pelbagai fungsi termasuk penjanaan teks dan imej, terjemahan bahasa serta menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang matematik, pengaturcaraan dan analisis visual.

Dalam percubaan awal saya, AI ini memberikan respons yang agak baik dalam bahasa Melayu. Saya boleh katakan yang ia lebih baik daripada Gemini yang sehingga sekarang masih “keliru” bahasa Melayu dan Indonesia.

kimi k1.5

Namun, buat masa sekarang, pengguna boleh mencipta akaun dengan menggunakan nombor telefon sahaja (akses Kimi AI di SINI). Log masuk melalui akaun Google dan aplikasi telefon pintar akan ditawarkan kelak.

Kimi AI pencabar baharu kepada gergasi AI Amerika Syarikat (AS)

Kimi k1.5 menggunakan teknik pembelajaran pengukuhan untuk meningkatkan keupayaan pemahaman dan penaakulannya, membolehkannya menyesuaikan diri dengan pelbagai tugas dengan lebih berkesan.

Selain itu, model ini mencapai prestasi cemerlang dalam pelbagai penanda aras penaakulan, seperti AIME, MATH-500, dan LiveCodeBench, mengatasi model-model terkemuka lain seperti GPT-4o dan Claude Sonnet 3.5.

kimi k1.5_1
kimi k1.5_2

Moonshot AI menawarkan Kimi k1.5 secara percuma dengan akses tanpa had, termasuk keupayaan carian web masa nyata dan tetingkap konteks sehingga 128,000 token untuk mengingati set data yang besar sekali gus, membolehkannya mengendalikan dokumen yang panjang dan kompleks.

kimi k1.5_3
kimi k1.5_4
kimi k1.5_5
kimi k1.5_6

Tambahan lagi, Moonshot AI berjaya membangunkan model AI yang canggih pada kos yang lebih rendah berbanding syarikat-syarikat barat. Ini menunjukkan keupayaan inovasi yang tinggi dalam kalangan pembangun AI China.

Sukar menyekat kemajuan teknologi China

Semenjak AS membuat sekatan baharu terhadap eksport cip kecerdasan buatan bagi memastikan kelebihan dalam pembangunan AI kekal di tangan sekutunya, China dalam diam membalasnya dengan pantas.

Kemunculan syarikat pemula AI China seperti Moonshot AI adalah sebahagian daripada strategi nasional yang lebih luas untuk mendorong China berada di barisan hadapan dalam inovasi AI menjelang 2030.

Kimi k1.5 adalah contoh terkini kebangkitan AI China. Ia menunjukkan bahawa mereka sedang membangunkan keupayaan AI yang serius dan berpotensi untuk mencabar dominasi syarikat-syarikat AS.

Malah, ia boleh mengubah keseimbangan kuasa dalam dunia teknologi dengan China menjadi pemain utama dalam AI. Persaingan ini dijangka akan terus meningkat dan membawa kepada perkembangan menarik dalam dunia kecerdasan buatan.

Kesan daripada AI China juga kita telah nampak di mana banyak model AI berkuasa dari AS mula ditawarkan secara percuma kepada pengguna.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Populariti Melonjak, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai DeepSeek - Saingan ChatGPT
  • Alibaba Dakwa Model AI Baharunya Mampu Kalahkan DeepSeek
  • Pengguna Copilot Kini Boleh Akses Model AI Berkuasa Daripada ChatGPT Secara Percuma
  • OpenAI o3-mini Kini Boleh Diakses Semua Pengguna ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY