Tablet PerantiSiswa Diperlihat Menteri, Lengkap Tablet, Papan Kekunci Dan Stylus

Menteri K-KOM pada bulan lalu telah mengumumkan permohonan PerantiSiswa bagi mereka di IPT akan dibuka bermula 15 April 2022.

Dalam sidang media yang sama, Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu bahawa spesifikasi minimum tablet yang akan diagihkan ialah RAM sebesar 4GB, skrin bersaiz 10.1 inci berserta papan kekunci dan stylus.

Menurut beliau lagi, tablet yang diperuntukkan untuk golongan B40 ini bernilai sekitar RM800 dan disertakan bersama pakej internet.

Terbaru, beliau telah memuat naik imej tablet PerantiSiswa ini di akaun Twitter rasminya. Daripada 3 keping gambar tersebut, ia dilihat hadir dengan case yang merumahkan tablet, papan kekunci dan stylus.

https://twitter.com/AnnuarMusa/status/1510570450338082823?s=20&t=HqtNttTKl_-ZLK43XgwzyQ

Selain itu, beliau juga memaklumkan laman sesawang untuk permohonan PerantiSiswa sedang disiapkan.

Bagaimanapun, tiada imej dari belakang tablet dikongsi, jadi tiada jenama didedahkan.

Daripada rekaan diperlihat, berkemungkinan beberapa komponen ialah buatan kilang yang mengeluarkan peralatan untuk jenama lain atau sering digelar OEM.



Ini bermakna mungkin tablet tersebut daripada jenama seperti Lenovo atau sebagainya tetapi papan kekunci dan stylus ialah buatan OEM.

Mereka yang layak memohon ialah pelajar yang kurang berkemampuan dan daripada keluarga B40 serta pendapatan keluarga bawah RM4,850 sebulan.

Sumber: Tan Sri Annuar Musa

Baca juga: