Inisiatif ini juga menyertakan sekali akses internet jalur lebar kos rendah kepada penerima. Tambahan lagi, pakej ini sejajar dengan hasrat kerajaan sekarang untuk membantu pelajar yang memerlukan untuk berjaya dalam pelajaran mereka melalui bantuan peranti tablet ini.

Selain itu, pelajar boleh menggunakan peranti ini bagi tujuan pembelajaran atas talian, melayari internet dan komunikasi dengan keluarga dan juga rakan. Dalam Belanjawan 2022, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah memperuntukkan RM450 juta untuk bantuan ini.
Syarikat telekomunikasi yang terlipat turut menyumbang RM65 juta untuk menjayakan inisiatif kerajaan ini. Pakej daripada Kementerian Pengajian Tinggi ini dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir 600,000 pelajar B40.

Menurut Menteri Kewangan, peranti tablet yang akan diberi melalui pakej ini berharga RM800 seunit. Oleh itu, anda boleh menjangkakan peranti daripada jenama Lenovo atau Huawei berdasarkan harga pasaran tablet yang sedia ada.
Berikut merupakan senarai syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam perlaksanaan pakej ini:
- Celcom Axiata Berhad (Celcom)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
- Maxis Berhad (Maxis)
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- YTL Communications Sdn Bhd (YES)
Pelajar yang berminat boleh mendaftar bermula pertengahan April depan berdasarkan maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Anda boleh melayari laman sesawang SKMM untuk maklumat lanjut berkenaan pakej ini.
Sumber: MKN, SKMM, Student Portal
Baca juga:
- Kerajaan Akui 5G Di Malaysia Lambat Banding Negara Lain, Tapi Sasar Liputan 80% Dalam 3 Tahun
DNB Sahaja Atau Ada 'Telco'? Keputusan Laksana 5G Di Malaysia Akan Terjawab Rabu DepanBawah RM60,
Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022
Berkaitan
- (Ulasan) Samsung Galaxy S23 Ultra: Hampir Sempurna Jadi Raja Android
- Kerana 'Dendam' Dengan Android, Apple Didakwa Mahu Pisahkan iOS Daripada Servis Google
- 10 Peranti Android Yang Dilapor Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi
- Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa
- ZTE Lancar 2 Produk Baharu, ZTE Blade V40s Dan Tablet X10 Pro tablet
- 5 Sebab Kenapa iPhone Lebih Mahal Berbanding Telefon Android
- Ini 10 Telefon Android Terbaik Setakat April 2022 Menurut AnTuTu
- 5 'Game' Android Terbaik Yang Dilancarkan Tahun 2022
- Ubisoft Umum Kehadiran The Division Buat Peranti iOS Dan Android
- 2 'Phone' Android Ini Kalahkan iPhone 14 Pro Max Dalam 'Download Speed'