Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam sidang media hari ini memberitahu bahawa permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi pelajar daripada golongan B40 akan dibuka pada pertengahan April ini.
Mereka yang layak memohon ialah pelajar yang kurang berkemampuan dan daripada keluarga B40 serta pendapatan keluarga bawah RM4,850 sebulan.
Dijangka fasa pertama pengagihan peranti akan bermula pada minggu pertama Jun 2022 dan bagi kes seperti isu maklumat tidak mencukupi dan lain-lain, maka mereka boleh membuat rayuan yang akan dibuka 60 hari selepas fasa pertama.
Tan Sri Annuar Musa juga mengatakan pihaknya telah menetapkan spesifikasi minimum untuk peranti ini iaitu mempunyai saiz skrin 10.1cm misalnya, dilengkapkan papan kekunci dan stylus serta RAM tidak kurang daripada 4GB.
Mungkin yang dimaksudkan beliau ialah 10.1 inci, kerana saiz skrin sering dirujuk dalam unit inci. Jika benar saiz minimum 10.1cm maka peranti ini mungkin ialah telefon, bukan tablet seperti dijangka. Apa-apapun, model dan jenama peranti yang dipilih masih tidak diumumkan.
Dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, sekitar 400,000 pelajar seluruh negara dijangka mendapat faedah daripada usaha kerajaan ini.
Baca juga:
- Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022
- Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
- Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir
Berkaitan
- Google Wallet Rasmi Di Malaysia, Ini Bank Yang Sokong Dan Cara Pasang
- Senarai Telefon Dengan Snapdragon 8 Gen 1 Yang Dijual Di Malaysia
- METMalaysia Ramal Malaysia Akan Terus Alami Cuaca Panas Hingga Mei
- Netflix Dilapor Lancar Pelan Beriklan Pada 1 November 2022
- METMalaysia: Amaran Hujan Berterusan Untuk Penduduk Di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor
- Pasport Malaysia Di Tangga Ke-14 'Paling Berkuasa' Di Dunia
- Samsung Malaysia Sahkan Galaxy S21 FE, Mungkin Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Tecno Phantom X Dilancar Untuk Pasaran Malaysia, Dwikamera Swafoto Untuk RM1,499
- Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia
- Nothing Phone (1) Mula Dijual Di Malaysia Ogos Ini Tapi Hanya 2 Varian Tersedia