Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog flow z13 acrnym

Tablet ‘Gaming’ ROG Flow Z13 Edisi Acronym Dijual Dengan Harga RM12,999

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Asus ROG Flow Z13 ialah sebuah tablet berspesifikasi tinggi dengan tumpuan terhadap gaming.

Kali ini, ROG perkenalkan pula edisi khas, Flow Z13-ACRNM RMT02 hasil kerjasama dengan Acronym.

asus rog flow z13 acronym 4

Acronym merupakan jenama pakaian dari Jerman yang memfokuskan pada techwear dengan rekaan moden dan avant-garde.

Balik pada tablet ini, ia menggunakan cip Intel Core i9-13900H, NVIDIA GeForce RTX™ 4070 bersama RAM sebesar 32GB dan ROM 1TB jenis SSD.

asus rog flow z13 acronym 1

Dari spesifikasi, ia nampak seperti bukan lagi tablet tapi komputer riba. Seperti anda lihat, ia bertubuhkan logam dengan cop Acronym, menampakkannya eksklusif.

Ia menjalankan Windows 11 Pro.

Tablet ‘Gaming’ ROG Flow Z13 Edisi Acronym Dijual Dengan Harga RM12,999

Untuk skrin pula, peranti ini menggunakan panel IPS bersaiz 13.4 inci.

Apa yang membezakannya dengan model biasa sebelum ini sudah tentu rekaan. Flow Z13-ACRNM RMT02 datang dengan rekaan yang sangat ‘garang’ dengan aksesori-aksesori daripada Acronym yang sememangnya tidak murah harganya.

Berkaitan

  • Sertai Liga Amatur MLBB ROG x Yoodo, 20,000 'Diamond' Menanti
  • Komputer Riba ROG Strix SCAR 17 Dijual Pada Harga RM17,999
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik
  • ASUS Lancar Zenbook 14 Flip OLED, Dikuasakan Cip Intel Gen-13
  • Tertiris Lebih Awal, Ini Mungkin Spesifikasi ASUS ROG Phone 7

Ia dijual pada harga RM12,999 dan hanya terdapat 14 unit untuk pasaran Malaysia. Spesifikasi terperinci boleh diakses melalui pautan tersedia di bawah.

Sumber: ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY