(Ulasan) ASUS ExpertBook B9 - ASUS Perlu Usaha Lagi Tawar Komputer Riba Harga Mampu Milik

Baru-baru ini Wiser telah berpeluang menguji sebuah komputer riba terbaru dari ASUS iaitu ExpertBook B9. Komputer riba ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada November 2022 lepas.

Jadi apa yang menariknya dengan komputer riba ini?

Skrin 14 inci hampir sempurna


Skrin 14 inci pada ASUS ExpertBook B9 ini menjadikan saiz keseluruhan komputer riba sempurna. Bingkainya yang nipis sekaligus memberikan paparan yang cukup luas dan memuaskan.

Kapsyen: Menaip di papan kekunci ASUS ExpertBook B9 ini begitu selesa yang turut dilengkapi ciri backlit.


Ditambah pula dengan penggunaan skrin anti silau menjadikan ia tidak mengganggu mata anda.

Namun begitu sedikit mengecewakan kerana skrin ExperBook B9 ini hanya menyokong kadar segar semula 60.05Hz sahaja.

Nipis dan ultra ringan


Satu kelebihan utama ASUS ExpertBook B9 ini adalah ia sebuah komputer riba yang sangat ringan. Beratnya yang kurang dari 1kg iaitu 880 gram sahaja sekaligus menjadikan ia sangat selesa untuk dibawa ke mana-mana sahaja lokasi anda bekerja.

Rekaannya yang nipis sangat (14.9mm sahaja) membantu untuk anda selitkan komputer riba ini pada sebarang ruang dan begitu selesa dipegang atau berada di riba anda.


Bateri tahan lama


ASUS mendakwa, bateri ExpertBook B9 mereka mampu beroperasi sehingga 16 jam. Sepanjang menguji sendiri komputer riba ini, kami dapati bahawa ExpertBook B9 mampu beroperasi selama hampir 16 jam iaitu sekitar 15 jam.

Keupayaan baterinya yang sangat baik ini begitu bermanfaat bagi anda yang selalu bekerja di luar pejabat atau mahukan sebuah komputer riba yang mampu beroperasi seharian tanpa risaukan keperluan sambungan pengecas kuasa.


Berprestasi


ASUS ExpertBook B9 adalah sebuah komputer riba ultra ringan yang berprestasi. Sepanjang menggunakannya, tiada isu sistem tergantung kami hadapi.

Terima kasih kepada cip pemprosesan dari Intel Core i7 Gen-12 serta kuasa grafik yang dipacu oleh Intel Iris Xe yang cukup baik memberikan kuasa pemprosesan ketika ia diperlukan.

Malah sistem operasi Windows 11 serta perkakasan komputer yang sentiasa menerima kini melancarkan lagi untuk komputer riba ini sentiasa beroperasi dalam prestasi terbaiknya.


Kesimpulannya...


Apa yang dapat disimpulkan untuk komputer riba ASUS ExpertBook B9 ini adalah, ia sebuah peranti berkuasa yang sangat sesuai bagi anda yang bekerjaya.

ASUS sememangnya mensasarkan produk mereka ini untuk mereka yang bekerjaya yang mahukan sebuah komputer riba ringan, bateri yang tahan lama, nipis, rekaan moden dan kelihatan elegan serta berprestasi.

Walaupun ASUS mengorbankan beberapa ciri utama yang sepatutnya ada pada sesebuah komputer riba moden seperti kadar segar skrin yang lebih tinggi dan penggunaan material yang lebih premium seperti aluminium, tetapi secara keseluruhan ASUS ExpertBook B9 sudah cukup memenuhi keperluan utama yang diperlukan untuk aktiviti kerja-kerja harian dan gaya hidup anda.

Kapsyen: ASUS tidak mengabaikan kualiti audio ExpertBook B9 dengan memuatkan pembesar bunyi dari Harman Kardon dengan ciri Dolby Atmos. Cuma bass nya kurang ummhh.


Namun begitu, isu utamanya adalah harga yang ditawarkan ASUS untuk ExpertBook B9 mereka ini yang pada pendapat penulis mungkin agak mahal.

ASUS ExpertBook B9 dijual dengan harga bermula dari RM8,499 sekaligus meletakknya dalam kategori  komputer riba harga flagship yang bukanlah harga mampu milik untuk kebanyakkan dari pengguna umum.

Ini kerana dalam pasaran tempatan ketika ini terdapat pelbagai model komputer riba dengan spesifikasi yang baik tetapi ditawarkan pada harga yang lebih mesra poket.

Tetapi pada pendapat peribadi penulis, ASUS ExpertBook B9  adalah sebuah komputer riba yang cukup baik kerana ia sangat ringan, bateri yang tahan lama serta baik prestasinya.

Cuma harganya itu mungkin tidak begitu kompetetif di pasaran. Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang ASUS ExpertBook B9 ini, layari laman rasmi ASUS Malaysia.

{suggest}