Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook 14 Flip OLED

ASUS Lancar Zenbook 14 Flip OLED, Dikuasakan Cip Intel Gen-13

Diterbitkan Mac 10, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia mengumumkan kehadiran model terbaru komputer riba boleh lipat, ASUS Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) dengan perkakasan yang dipertingkatkan.

ASUS Zenbook 14 Flip OLED kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1340P Gen-13 serta kuasa grafik dari Intel Iris Xe.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan memeori RAM 16GB serta storan SSD 512GB. Manakala paparannya pula bersaiz 14″ 2.8K OLED dengan ciri skrin sentuh serta kadar segar semula 90Hz.

Hanya seberat 1.5kg, ia dilengkapi dengan bateri 75 Wh dengan ciri ASUS USB-C Easy Charge yang membolehkan ia dicas sehingga 60% hanya dalam masa 49 minit sahaja.

Untuk sambungan peranti pula, ia dimuatkan dengan sambungan 2x  Thunderbolt 4 USB-C, USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5 mm.

UP3404 One Pager MY with price

ASUS memaklumkan Zenbook 14 Flip OLED terbaru ini akan tersedia di pasaran tempatan pada lewat bulan Mac ini dengan harga jualannya RM5,499.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi komputer riba terbaru ini, layarai laman rasmi ASUS Malaysia.

Berkaitan

  • ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13
  • realme C55 Dilancarkan Sebagai Android Pertama Dengan Mini Capsule
  • Viu Premium Tersedia Percuma Di Astro Ultra Box Selama 3 Bulan

Sumber: Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY