Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone_3

Tertiris Lebih Awal, Ini Mungkin Spesifikasi ASUS ROG Phone 7

Diterbitkan Mac 29, 2023 · Dikemas kini Mac 29, 2023 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, ASUS telah menjadualkan acara pelancaran ROG Phone 7 pada 13 April 2023. Terbaharu, spesifikasi ROG Phone 7 didakwa telah tertiris.

Berkaitan

  • Data ROG Phone 7D Didakwa Tertiris Di Geekbench
  • Pelancaran Global ROG Phone 7 Sah Akan Berlangsung Bulan Depan

Peniris terkenal, Digital Chat Station telah berkongsi di Weibo mengenai spesifikasi ROG Phone 7. Dari segi spesifikasi teras, peranti ini akan dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci, kadar segar semula 165Hz, cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 serta bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Selain itu, ia mendakwa ROG Phone 7 akan dimuatkan tetapan tiga kamera dengan 50MP+13MP+5MP dan 32MP kamera swafoto. ROG Phone 7 spec leak

Antara lainnya, ROG Phone 7 dijangka hadir dengan RAM LPDDR5x dan storan berasaskan UFS 4.0, serta sokongan penarafan IP54.

Sama ada benar atau sebaliknya maklumat yang tertiris ini, nantikan sahaja acara pelancaran ROG Phone 7 pada bulan depan.

Sumber: Digital Chat Station

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY