Komputer Riba ROG Strix SCAR 17 Dijual Pada Harga RM17,999

Tempoh hari, ASUS telah menawarkan komputer riba dengan harga begitu tinggi iaitu ROG Flow. Ia hadir dengan rekaan yang sungguh berjati diri gaming.

Ia dilengkapi RAM sebesar 32GB dan storan 1TB.

Paparannya menyokong kadar segar 240Hz dan kadar respons serendah 3 ms.

Dari segi rekaan luaran, ia tampil dengan estetik cyberpunk dengan dakwat yang tak dapat dilihat dikenakan pada casis logamnya. Di bawah pencahayaan UV, dakwat tampak timbul dengan warna hijau dan biru.

Ia dipasarkan di Malaysia pada harga RM17,999.

Anda boleh laman web rasmi ASUS ROG untuk butiran lebih terperinci.


ROG Flow X16


Varian GV601R-WM5100W dibawakan dengan cip AMD Ryzen 7 6800HS dengan GPU RTX 3070 Ti. Skrinnya pula bersaiz 16 inci menggunakan teknologi Mini LED dengan nisbah 16:10. Saiz storannya sebesar 1TB dengan RAM pula 16GB. Ia dijual pada harga RM11,999.

Manakala varian GV601R-MM6110W pula datang dengan cip AMD Ryzen 7 dengan RTX 3060. Skrinnya menggunakan panel IPS QHD dengan saiz 16 inci berkadar segar 165Hz. RAM dan storannya sama dengan varian di atas. Ia dijual pada harga RM9,499.

Sumber: Siaran Akhbar ROG