Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_

Syarikat Singapura Jual Saham Majoriti U Mobile Kepada Mawar Setia

Diterbitkan Disember 6, 2024 ยท Dikemas kini Disember 6, 2024 oleh Amalina Athman

Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) baru-baru ini mengumumkan bahawa Mawar Setia akan mengambil alih saham majoriti dalam U Mobile.

Dalam satu perjanjian pembelian saham bersyarat, Mawar Setia akan mengambil alih pegangan dalam U Mobile daripada Straits Mobile Investments yang merupakan anak syarikat ST Telemedia.

Langkah itu selaras dengan kenyataan sebelum ini, yang mana Straits Mobile hanya akan memegang 20% kepentingan selepas perjanjian itu selesai. Namun, tiada butiran kewangan mengenai perjanjian itu yang didedahkan setakat ini.

Mengenai Mawar Setia, ia merupakan sebuah syarikat swasta tempatan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Syarikat itu ditubuhkan pada April tahun ini, dengan 70% pegangan dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan 30% oleh Tunku Tun Aminah – berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menurut laporan The Edge.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • U Mobile Akan Kurangkan Pegangan Saham Majoriti Asing Kepada 20%
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi
  • U Mobile Dan Straits Mobile Investment Setuju Kurangkan Saham Asing

Sumber: Reuters, The Edge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY