Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G kedua U Mobile

U Mobile Dan Straits Mobile Investment Setuju Kurangkan Saham Asing

Diterbitkan November 11, 2024 ยท Dikemas kini November 11, 2024 oleh Rushsyafizal

U Mobile telah mengesahkan langkahnya untuk melancarkan rangkaian 5G kedua di Malaysia, dengan sokongan penuh dari kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sebelum ini, mereka mengatakan yang U Mobile akan mengurangkan pegangan saham morjiriti asingnya kepada 20% bagi memastikan penguasaan Malaysia lebih besar.

Kini, mengutamakan kepentingan negara, U Mobile dan Straits Mobile Investment Pte Ltd, anak syarikat ST Telemedia, telah mencapai kesepakatan strategik untuk mengurangkan pemilikan saham asing kepada 20%, menjadikan pemilikan tempatan lebih kukuh dalam syarikat.

Sebagai syarikat yang mempunyai rekod inovasi lebih 17 tahun, U Mobile kini bersedia melancarkan 5G keduanya untuk memberikan rangkaian lebih pantas dan kos efektif. Langkah ini dijangka membawa persaingan sihat dalam pasaran, yang sebelumnya dikendalikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di bawah Model Rangkaian Borong Tunggal (SWN).

Dengan pelaburan lebih RM5 bilion dan lebih 10,000 tapak rangkaian, U Mobile kini mencapai liputan penduduk 95% serta menyediakan perkhidmatan mampu milik sehingga 25% lebih murah daripada pesaing. Komitmennya dalam inisiatif kerajaan seperti JENDELA dan Pakej Rahmah juga menunjukkan peranan pentingnya dalam meningkatkan kesalinghubungan nasional.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Call of Duty Mobile Raih 1 Bilion Muat Turun, Raikan Ulang Tahun Kelima Dengan Musim 10
  • Black Myth: Wukong Akhirnya Akan Tersedia Dalam Bentuk Fizikal
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • U Mobile Akan Dikenakan Syarat Untuk Bangunkan Rangkaian 5G Kedua - Fahmi

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY