Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang ‘Cookies’ Pihak Ketiga Dalam Chrome

Syarikat Pemula AI Ini Tawar $34.5 Bilion Untuk Beli Google Chrome – Jauh Melebihi Nilai Syarikat Sendiri

Diterbitkan Ogos 13, 2025 oleh Amalina Athman

Perplexity dilaporkan membuat tawaran mengejut untuk membeli Google Chrome pada harga $34.5 bilion (~RM146 bilion), iaitu hampir dua kali ganda daripada nilai syarikat kecerdasan buatan (AI) itu yang dianggarkan sekitar $18 bilion.

Menurut The Wall Street Journal dan Bloomberg, tawaran tanpa diminta itu dihantar kepada Google hanya beberapa bulan selepas Perplexity menyatakan minat untuk membeli Chrome sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memaksa Google menjual pelayar web tersebut.

Menariknya, ia bukan kali pertama Perplexity membuat langkah berani seperti ini. Pada Mac lalu, syarikat pemula itu juga pernah menawarkan untuk membeli TikTok.

Setakat ini, Google tidak memberi sebarang petunjuk bahawa ia akan menjual Chrome pada apa-apa harga, dan mahkamah juga belum mengeluarkan arahan penjualan.

Jurucakap Perplexity Jesse Dwyer, mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah tepat. Beliau turut memaklumkan Perplexity akan melabur lebih $3 bilion dalam pembangunan Chrome dan Chromium untuk tempoh dua tahun akan datang, sekiranya Google menerima tawaran tersebut.

Sementara itu, Ketua pegawai perniagaan Perplexity Dmitry Shevelenko memberitahu Bloomberg bahawa beberapa dana pelaburan besar telah bersetuju membiayai keseluruhan transaksi.

Berkaitan

  • Cadangan DOJ Mungkin Boleh Jadi 'Penamat' Untuk Google Search, Ini Sebabnya
  • Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Perplexity AI - Ini Mungkin Sebabnya
  • Perplexity Lancar Comet, Pelayar Web AI Yang Faham Cara Anda Berfikir
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY