Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelayar comet

Perplexity Lancar Comet, Pelayar Web AI Yang Faham Cara Anda Berfikir

Diterbitkan Julai 10, 2025 ยท Dikemas kini Julai 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Perplexity telah melancarkan Comet, pelayar web baharu berasaskan AI yang dirancang khusus untuk dunia digital moden. Comet bukan sekadar alat melayari internet, tetapi satu transformasi lengkap daripada konsep melayar kepada berfikir.

Ia memperkenalkan antara muka pintar yang memahami aliran pemikiran pengguna, menggantikan kaedah lama yang bergantung kepada tab dan aplikasi berasingan. Dengan Comet, pengalaman melayari web menjadi lebih semula jadi dan bersifat perbualan, bukan hanya pencarian maklumat.

pelayar comet

Lebih daripada sekadar menjawab soalan, Comet membolehkan tindakan terus dilakukan. Pengguna boleh meminta Comet untuk menempah mesyuarat, menghantar e-mel, membuat pembelian atau menyusun tugasan.

Semua berdasarkan kandungan yang sedang dilihat. Ia mengekalkan konteks penuh sepanjang sesi dan menjadikan proses kerja lebih efisien dan bersepadu, ibarat pembantu peribadi digital yang tahu kehendak anda sebelum anda minta.

Buat masa sekarang, ia dilancarkan kepada pelanggan Perplexity Max (~RM1000/bulan) secara jemputan. Bagi pengguna lain, anda boleh mendaftar senarai menunggu.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • YouTube Hanya Bayar Kandungan Original Dan Suara Asli Mulai 15 Julai Ini
  • OpenAI Akan Lancar Pelayar Web AI Dalam Masa Terdekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY