Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pemula AI Ini Minat Beli TikTok, Mahu Kuasai Algoritma Carian Video

Syarikat Pemula AI Ini Minat Beli TikTok, Mahu Kuasai Algoritma Carian Video

Diterbitkan Mac 25, 2025 ยท Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Startup kecerdasan buatan (AI), Perplexity, menyatakan minatnya untuk membeli TikTok di tengah tekanan undang-undang AS yang mengharuskan platform itu berpisah dari pemiliknya, ByteDance, atau menghadapi larangan. Perplexity berhasrat menggabungkan teknologi carian AI mereka dengan TikTok untuk mencipta pengalaman carian video yang lebih baik.

Undang-undang AS yang berkuat kuasa pada 19 Januari menimbulkan kebimbangan bahawa TikTok boleh digunakan oleh kerajaan China untuk mengintip atau mempengaruhi pendapat awam AS. Trump sebelum ini berusaha untuk melarang TikTok semasa penggal pertamanya dan kini dalam perbincangan dengan empat kumpulan yang berminat untuk membelinya, termasuk Microsoft, Oracle, dan kumpulan yang diketuai YouTuber terkenal, MrBeast.

Perplexity menegaskan bahawa pengambilalihan oleh pesaing utama boleh mewujudkan monopoli, sementara mereka sendiri menawarkan pendekatan yang lebih bebas. Mereka juga bercadang membina infrastruktur data TikTok di AS, menjadikan algoritma saranan “For You” sebagai sumber terbuka, serta membolehkan pengguna mengesahkan maklumat dalam video yang ditonton.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • TikTok Kini Galakkan Remaja Berhenti Guna Aplikasi Selepas Jam 10 Malam
  • TikTok Dilihat Sedang Uji Ciri Seakan 'Circle to Search' Tapi Lebih Maju, Begini Fungsinya

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY