Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GOBIND SINGH

Syarikat AI India Akan Labur ~RM4.3 Bilion Untuk Bangunkan Taman AI Dan Studio Filem AI Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 30, 2024 · Dikemas kini Ogos 30, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Digital Malaysia memaklumkan, syarikat global terkemuka terus melabur di Malaysia, dengan perbincangan baru-baru ini melibatkan Eros Investments Group dan Immerso Al-IP tentang berkembang ke negara ini.

Semasa lawatan ke New Delhi baru-baru ini, Menteri Digital, Gobind Singh Deo telah bertemu dengan tokoh penting daripada syarikat ini, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Immerso Al-IP, Ali Hussein.

Kementerian Digital dalam satu kenyataan berkata, Immerso Al-IP, sebahagian daripada Eros Investments Group, merancang untuk melabur USD1 bilion (~RM4.3 Bilion) di Malaysia untuk membangunkan AI Park dan studio filem AI—yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Projek-projek ini dijangka mewujudkan 5,000 pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

AI Park akan menampilkan universiti dan pusat data untuk memupuk kerjasama global dan menyokong syarikat baru, manakala studio filem akan meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran digital dan menyepadukan kandungan Malaysia ke dalam IP global.

Selain itu, memorandum persefahaman antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Nasscom akan memberi tumpuan kepada latihan bakat tempatan dalam Generatif AI, keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi Next Gen.

“Perjalanan ke New Delhi telah membuka peluang baharu pelaburan, dan saya menantikannya, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.” Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Sumber: Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • OPPO Reno12 Pro, Telefon Pintar AI Terbaik EISA 2024/25
  • Infinix ZERO 40 5G Dilancarkan, Kolaborasi Dengan GoPro Dan Tersedia Sokongan AI

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY